Temasya Sukan Tahunan Tadika Cerdik Takwa, Bandar Baru Bangi telah diadakan pada 31 Mei 2014 bertempat di padang Awam Taman Kajang Impian Bandar Baru Bangi. Ianya telah di rasmikan oleh En. Azli Bin Yussof selaku ketua Persatuan Penduduk Islam, Taman Kajang Impian. Anggaran Seramai 300 orang yang terdiri daripada ibubapa dan murid-murid, telah menghadiri hari bersejarah Tadika Cerdik Takwa ini.
Seperti tahun lepas, Tahun ini menyaksikan penglibatan murid-murid dibawah naungan Ubudiyah Centre iaitu Playschool Ubudiyah, murid 5 dan 6 tahun Tadika Cerdik Takwa serta Sekolah Rendah islam Ubudiyah. Acara ini telah berlangsung selama hampir 5 jam iaitu bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga 1:00 petang. Rata-rata ibubapa dan murid-murid gembira pada temasya kali ini kerana ianya telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment