Monday 9 December 2013

HARI GRADUASI TADIKA CERDIK TAKWA ( UBUDIYAH ) 2013

Hari Graduasi Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) telah diadakan pada 24 Nov 2013 bersamaan hari sabtu. Ini merupakan majlis graduasi kali kedua untuk Tadika Cerdik Takwa. Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini. Kepada semua para ibubapa, sumbangan dan kerjasama yang berpanjangan amat kami hargai.









Thursday 5 December 2013

Chief Cilik Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) 2013

Aktiviti chief cilik telah diadakan di Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) pada pertengahan bulan september 2013. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada pembentukan perkembangan minda dan pembelajaran serta pendedahan kepada murid-murid tentang pengalaman dalam menghasilkan sesuatu masakan/ makanan. Semua yang terlibat ternyata gembira dengan hasil usaha mereka dalam menghasilkan sesuatu makanan dalam bentuk berkumpulan. Selain daripada pengalaman menghasilkan makanan, mereka juga belajar bagaimana untuk bekerjasama ( Team work) antara satu sama lain.






HARI TERBUKA / PENDAFTARAN TADIKA CERDIK TAKWA ( UBUDIYAH ) 2014

Hari terbuka  dan pendaftaran 2014 untuk Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) akan diadakan pada 14 hb Disember ini dari pukul 9:00 pagi sehingga 5:00 petang. Kepada ibubapa yang masih belum mendaftarkan anak mereka bolehlah berbuat demikian pada hari tersebut berserta dengan pembayaran yuran sekali.


Hanya tinggal 17 tempat sahaja lagi !!


Tuesday 5 November 2013

Pendaftaran Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) 2014 dibuka sekarang


Pendaftaran Tadika Cerdik Takwa bagi sessi 2014 telah dibuka sekarang ( Sebelum ini di kenali sebagai Tadika Ubudiyah ) Kepada ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan nama anak, bolehlah menghubungi nombor talian seperti tertera dibahagian bawah laman web ini. Pengambilan ini hanya terhad kepada 50 orang murid sahaja.
Daftarlah segera sebelum terlewat !!





Konsep Pendidikan Tadika Cerdik Takwa

Selari dengan Falsafah pendidikan Negara, Konsep pendidikan di TADIKA CERDIK adalah :-
Program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal. Matlamat pendidikan bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk kesekolah rendah.
Aktiviti terancang dan dilaksanakan selaras dengan perkembangan murid supaya setiap murid mendapat peluang yang sama dalam pengalaman pembelajarannya. Aktiviti dihubungkaitkan diantara satu komponen dengan komponen yang lain supaya murid mendapat pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh.Prinsip fleksibiliti dan mudah ubah ditekankan dalam semua aktiviti.

TADIKA CERDIK TAKWA telah Beroperasi sejak 2010 merangkumi modul seperti berikut :-
Program Mata pelajaran
  • Menggunakan kaedah Cepat baca e-Xra ( Bahasa Melayu & Inggeris ).
  • Kaedah cepat kira matematik menggunakan Abacus ( Sempoa )
  • Magic English ( Phonic )
  • Kelas Iqra'
  • Pengetahuan Sains
  • Solat Dan Hafazan surah
  • Pengetahuan Agama Islam
  • Program Multimedia Komputer
  • Kelas Renang ( Pilihan )
Program Tahunan
  • Sambutan Maulidur Rasul
  • Sambutan Hari Jadi
  • Acara Sukan Tahunan
  • Program Tema
  • Sambutan Hari raya Aidil Fitri
  • Hari Penganugerahan dan Keceriaan


MENGAPA MEMILIH KAMI ??

  • Cepat membaca ( Keberkesanan boleh dilihat dalam 3 bulan- 6 bulan. ) dengan menggunakan kaedah e-Xra.
  • Saiz kumpulan pelajar yang kecil supaya perhatian secukupnya dapat diberikan.
  • Kadar Yuran Bulanan Yang berpatutan.
  • Guru-guru yang berpengalaman ( Lebih 8 tahun pengalaman mengajar ).
  • Sukatan pelajaran mengikut piawaian kurikulum pra sekolah kebangsaan.
  • Penekanan pada subjek Jawi dan Pendidikan Islam.
  • Matlamat pada 3M ( Membaca, Menulis, Mengira ).
  • Perkembangan Saikomotor halus dan kasar
  • Penyediaan Penjagaan selepas waktu sekolah.

Kemudahan :
  • Mini Pusat Sumber yang selesa
  • Bilik Kelas yang selesa
    Alamat Tadika Cerdik Takwa :
    No 1, Jln Kajang Impian 1/5, Taman Kajang Impian,
    ( Belakang Restoran Red Wok ), 43650,
    Bandar Baru Bangi, Selangor.


    Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi Nombor Dibawah :
    En. Aidil : 013-6320417
    Cikgu Sha : 013-3328417, 012-9347170
    Cikgu Masni : 016-2345717

    Sorotan 2012: Sukan Tahunan Kali Pertama Tadika Cerdik Takwa

     









    Pada 15 April 2012, Buat julung-julung kalinya Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) telah mengadakan temasya sukan tahunan kali pertama. Temasya yang diadakan secara bergabung dengan Tadika Islam Ummu Aisyah , Semenyih ini telah berjaya mengumpulkan hampir seramai 110 murid dan dihadiri oleh sebahagian besar para ibubapa. Temasya ini bukan sahaja mengetengahkan bakat sukan dikalangan murid-murid malah murid-murid juga diberi peluang menunjukkan bakat didalam tarian sebagai kesinambungan kepelbagaian acara didalam temasya.
    Dengan sokongan yang kuat daripada para ibubapa, dilihat murid-murid amat bersemangat sekali pada hari tersebut untuk memenagi acara yang mereka tandingi . Semoga semangat ini akan kekal sehingga mereka dewasa kelak dalam menempuhi ujian pelajaran dan liku-liku kehidupan. Selain pertandingan sukan untuk murid-murid, Pertandingan Sukan untuk ibubapa juga telah diadakan sebagai suatu jalinan kemesraan siratulrahim dikalangan mereka.
    Temasya ini telah diadakan di padang pavilion U.K.M bandar baru bangi dengan sempurna dan berjaya. Semoga kejayaan temasya Sukan kali pertama ini, akan menjadi penanda aras bagi Tadika Cerdik Takwa untuk temasya tahun hadapan.

    Sorotan 2012: Majlis Graduasi Pertama Tadika Cerdik Takwa



    Persembahan Tarian oleh murid 5 & 6 Tahun


    Lagu Gummy Bell dari murid 6 Tahun


    Tarian Bintang-Bintang Dilangit Oleh Murid 5 tahun


    Penyampaian Sijil untuk murid 6 Tahun


    Graduasi Tadika Cerdik Takwa 2012


    Guru-guru dan tenaga keja yang telah berusaha untuk menjayakan majlis Graduasi 2012

    Pada 24 November 2012, Majlis Graduasi Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) telah diadakan di Pusat Latihan ALPA bangi, Selangor. Seramai 28 orang murid telah menerima sijil mereka . Ini merupakan majlis kali pertama yang diadakan untuk tadika ini . Alhamdulillah walaupun kali pertama, majlis tersebut telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat hujan disebelah paginya. Pengalaman luas guru-guru di tadika cerdik takwa dalam majlis seumpama ini telah bayak membantu dalam kesempurnaan majlis ini. Majlis telah diadakan dari jam 8:00- sehingga 10:30 pagi. Semua murid-murid Tadika Cerdik Takwa daripada tahun 4,5 dan 6 telah mengambil bahagian dalam persembahan dan rata-rata semua yang hadir terhibur dengan persembahan mereka. Tetamu kehormat pada hari tersebut adalah En. Azli bin Yusof daripada Ketua kesatuan penduduk muslim seksyen 7 bandar baru bangi. Semoga kejayaan majlis ini akan menjadi penanda aras untuk kejayaan dimasa hadapan.

    Pandangan Dari Luar Tadika Cerdik Takwa


    Berikut adalah pandangan luaran Tadika Cerdik Takwa.

    Pandangan Hadapan.


    Pandangan Sisi



    Alamat :
    No.1, Jln Kajang Impian 1/5 ( Belakang Restoran Redwork ),
    Taman Kajang Impian, 43650, Bandar Baru Bangi,
    Selangor.

    Pelan Lokasi Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah )

     

    Berikut adalah Plan Lokasi Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah) :

     

    Pandangan Ruang Dalam Kelas Tadika Cerdik Takwa

    Berikut adalah Sudut Pandangan ruang dalam kelas Tadika Cerdik Takwa

    Kelas Murid 4 Tahun



    Kelas Murid 5 Tahun


    Kelas Murid 6 Tahun





    Ruang Sudut IT



    Ruang Mini Library


    Ruang Aktiviti


    Layout Luar Kelas Tadika Cerdik Takwa 2014

    Sudut Pandangan Luar Tadika Cerdik Takwa Untuk Tahun 2014


    Pandangan Luaran - Nama Tadika Cerdik Takwa

    Bangunan Tadika Cerdik takwa


    Kantin Tadika Cerdik Takwa


    Ruang Aktiviti Luar Tadika Cerdik Takwa


    Ruang Menunggu untuk ibubapa/Penjaga murid-murid Tadika Cerdik Takwa


    Lukisan Piramid Pemakanan Sihat - Sumbangan Jabatan Kesihatan Bangi


    Ruang Permainan / Riadah murid-murid Tadika Cerdik Takwa


    Ruang minum petang/ Riadah Tadika Cerdik Takwa

    Semua keperluan / kemudahan yang disediakan adalah untuk memenuhi kehendak ibubapa supaya anak-anak mereka mendapat pendidikan yang selesa dan memudahkan pihak tadika dalam proses pembentukan kurikulum dan ko-kurikulum. Dengan itu proses kognitif akan terbentuk di minda murid-murid selari dengan perkembangan pendidikan peringkat awal kanak-kanak dan mencapai objektif pihak pengurusan iaitu membina keutuhan generasi ummah