Sunday 30 November 2014

Tadika Cerdik Takwa: Hari Graduasi 2014

Hari Graduasi Ubudiyah Centre telah diadakan pada 29 Nov 2014. Memandangkan Tadika Cerdik takwa adalah salah satu bahagian dibawah naugan Ubudiyah Centre maka ianya terlibat secara langsung didalam menjayakan program ini bersama-sama play school Ubudiyah dan juga SRI Ubudiyah. 

Majlis Ini telah dihadiri oleh semua Ibubapa dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Nornisa Said selaku Presiden Persatuan Taska Daerah Hulu Langat, Selangor. Selain beliau antara tetamu lain yang turut hadir dalam majlis kali ini adalah Puan Marliana Mutalib Selaku Guru Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Agama ( KAFA ) Sungai Ramal dan Juga Yang Berhormat Encik Azli Yussof selaku ketua Persatuan Penduduk Taman Kajang Impian Bandar Baru Bangi dan sebagai Naib Pengerusi SRI Ubudiyah Bandar Baru Bangi.

Berbagai acara persembahan pementasan dalam bentuk Nyanyian, Nasyid, Lakonan dan pengacaraan telah dilakukan oleh murid-murid Tadika Cerdik Takwa, Play School Ubudiyah dan juga SRI Ubudiyah bagi menghiburkan para tetamu yang hadir. Persembahan pementasan ini juga adalah bertujuan  untuk mevisualkan kepada semua hadirin tentang kurikulum, pengalaman, sosial dan kerjasama yang telah dilalui oleh mereka selama setahun ini. Selain itu, ianya untuk meningkatkan keyakinan, kerjasama berpasukan dan semangat berusaha dikalangan murid-murid bagi mengharungi cabaran kehidupan dan pembelajaran. 

Hadiah kecermelangan akademik dan juga penyampian sijil tamat sekolah telah disampaikan oleh tetamu VIP dan juga Pengerusi Ubudiyah Centre iaitu Encik Aidil Nohisham Julin.

Hari Graduasi ini juga telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Maskot Molly Fantasy daripada Syarikat Aeon Jusco, GateWay Bandar Baru Bangi bagi menghiburkan merid-murid semua  disamping pemberian "goodies". Ini merupakan salah satu sumbangan aktiviti CSR syarikat ini kepada masyarakat setempat. 

Rata-rata, kesemua tetamu yang hadir amat terhibur dengan gelagat dan persembahan yang telah dilakukan oleh murid-murid.














No comments:

Post a Comment