Sunday 30 November 2014

Tadika Cerdik Takwa: Hari Graduasi 2014

Hari Graduasi Ubudiyah Centre telah diadakan pada 29 Nov 2014. Memandangkan Tadika Cerdik takwa adalah salah satu bahagian dibawah naugan Ubudiyah Centre maka ianya terlibat secara langsung didalam menjayakan program ini bersama-sama play school Ubudiyah dan juga SRI Ubudiyah. 

Majlis Ini telah dihadiri oleh semua Ibubapa dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Nornisa Said selaku Presiden Persatuan Taska Daerah Hulu Langat, Selangor. Selain beliau antara tetamu lain yang turut hadir dalam majlis kali ini adalah Puan Marliana Mutalib Selaku Guru Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Agama ( KAFA ) Sungai Ramal dan Juga Yang Berhormat Encik Azli Yussof selaku ketua Persatuan Penduduk Taman Kajang Impian Bandar Baru Bangi dan sebagai Naib Pengerusi SRI Ubudiyah Bandar Baru Bangi.

Berbagai acara persembahan pementasan dalam bentuk Nyanyian, Nasyid, Lakonan dan pengacaraan telah dilakukan oleh murid-murid Tadika Cerdik Takwa, Play School Ubudiyah dan juga SRI Ubudiyah bagi menghiburkan para tetamu yang hadir. Persembahan pementasan ini juga adalah bertujuan  untuk mevisualkan kepada semua hadirin tentang kurikulum, pengalaman, sosial dan kerjasama yang telah dilalui oleh mereka selama setahun ini. Selain itu, ianya untuk meningkatkan keyakinan, kerjasama berpasukan dan semangat berusaha dikalangan murid-murid bagi mengharungi cabaran kehidupan dan pembelajaran. 

Hadiah kecermelangan akademik dan juga penyampian sijil tamat sekolah telah disampaikan oleh tetamu VIP dan juga Pengerusi Ubudiyah Centre iaitu Encik Aidil Nohisham Julin.

Hari Graduasi ini juga telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Maskot Molly Fantasy daripada Syarikat Aeon Jusco, GateWay Bandar Baru Bangi bagi menghiburkan merid-murid semua  disamping pemberian "goodies". Ini merupakan salah satu sumbangan aktiviti CSR syarikat ini kepada masyarakat setempat. 

Rata-rata, kesemua tetamu yang hadir amat terhibur dengan gelagat dan persembahan yang telah dilakukan oleh murid-murid.














Tuesday 11 November 2014

Tadika Cerdik Takwa : Peperiksaan Akhir Tahun 2014



Peperiksaan akhir tahun Tadika Cerdik Takwa telah berlangsung selama 5 hari bermula 10 Nov 2014 hingga 14 Nov 2014. Tujuan peperiksaan ini adalah bagi mengukur tahap kemampuan murid-murid selepas hampir setahun melalui proses pembelajaran di tadika ini.

Antara subjek yang akan dilalui oleh murid-murid adalah seperti berikut :

Murid 6 Tahun:

8 Subjek :

Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Jawi, e-Xra ( Kaedah cepat baca ), Seni dan Bahasa Arab

Murid 4 Dan 5 Tahun:

7 Subjek :

Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Jawi, e-Xra ( Kaedah cepat baca ) dan Seni

Selepas tamat peperiksaan ini nanti, murid-murid akan bersedia pula untuk majlis konvokesyen ubudiyah Centre yang akan diadakan pada 29 November 2014.

Tuesday 4 November 2014

Lawatan Sambil Belajar Siri 2 Tadika Cerdik Takwa Bandar Baru Bangi

Lawatan sambil belajar Siri 2 murid-murid Tadika Cerdik Takwa telah diadakan pada 15 hb october 2014 yang dilepas. Pada tahun ini, pihak pengurusan Ubudiyah Centre telah memilih Domino's Pizza di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dan Aquaria KLCC, Kuala Lumpur sebagai tempat lawatan. 

Di Domino's Pizza, murid-murid telah didedahkan tentang bagaimana pemprosesan membuat pizza itu dijalankan. Ini secara langsung telah memberikan pengalaman kepada  murid-murid tentang bagaimana proses pembuatan  itu bermula sehinggalah kepada akhirnya. Sementara di Aquaria KLCC pula, murid-murid telah didedahkan secara "live" tentang kehidupan binatang-binatang didalam air serta merasai pengalaman melihat dengan lebih dekat lagi. 

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun yang lepas lawatan kali ini berjaya dijalankan dengan jayanya dengan bantuan penuh oleh semua guru-guru serta ibubapa yang terlibat. Bagi pihak pengurusan Ubudiyah Centre, kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan yang berpanjangan.






Monday 3 November 2014

Tadika Cerdik Takwa: Penghasilan Corak Tidak Terancang

Salah satu aktiviti pembelajaran di Tadika Cerdik Takwa Bandar Baru Bangi ialah murid-murid diajar untuk membina corak menggunakan teknik tiupan. Ini merupakan salah satu cara untuk menghasilkan corak tidak terancang dengan hanya meniup warna dengan menggunakan straw. Hasilnya adalah sangat menarik dan disesuaikan dengan pelbagai jenis warna untuk mendapatkan hasil yang sangat kreatif.