Pada 15 April 2012, Buat julung-julung kalinya
Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) telah mengadakan temasya
sukan tahunan kali pertama. Temasya yang diadakan secara bergabung dengan
Tadika Islam Ummu Aisyah , Semenyih ini telah berjaya
mengumpulkan hampir seramai 110 murid dan dihadiri oleh sebahagian besar para
ibubapa. Temasya ini bukan sahaja mengetengahkan bakat sukan dikalangan
murid-murid malah murid-murid juga diberi peluang menunjukkan bakat didalam
tarian sebagai kesinambungan kepelbagaian acara didalam temasya.
Dengan sokongan yang kuat daripada para
ibubapa, dilihat murid-murid amat bersemangat sekali pada hari tersebut untuk
memenagi acara yang mereka tandingi . Semoga semangat ini akan kekal sehingga
mereka dewasa kelak dalam menempuhi ujian pelajaran dan liku-liku kehidupan.
Selain pertandingan sukan untuk murid-murid, Pertandingan Sukan untuk ibubapa
juga telah diadakan sebagai suatu jalinan kemesraan siratulrahim dikalangan
mereka.
Temasya ini telah diadakan di padang pavilion
U.K.M bandar baru bangi dengan sempurna dan berjaya. Semoga kejayaan temasya
Sukan kali pertama ini, akan menjadi penanda aras bagi Tadika Cerdik Takwa untuk
temasya tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment