Monday, 9 December 2013
HARI GRADUASI TADIKA CERDIK TAKWA ( UBUDIYAH ) 2013
Hari Graduasi Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) telah diadakan pada 24 Nov 2013 bersamaan hari sabtu. Ini merupakan majlis graduasi kali kedua untuk Tadika Cerdik Takwa. Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini. Kepada semua para ibubapa, sumbangan dan kerjasama yang berpanjangan amat kami hargai.
Thursday, 5 December 2013
Chief Cilik Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) 2013
Aktiviti chief cilik telah diadakan di Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) pada pertengahan bulan september 2013. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada pembentukan perkembangan minda dan pembelajaran serta pendedahan kepada murid-murid tentang pengalaman dalam menghasilkan sesuatu masakan/ makanan. Semua yang terlibat ternyata gembira dengan hasil usaha mereka dalam menghasilkan sesuatu makanan dalam bentuk berkumpulan. Selain daripada pengalaman menghasilkan makanan, mereka juga belajar bagaimana untuk bekerjasama ( Team work) antara satu sama lain.
HARI TERBUKA / PENDAFTARAN TADIKA CERDIK TAKWA ( UBUDIYAH ) 2014
Hari terbuka dan pendaftaran 2014 untuk Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) akan diadakan pada 14 hb Disember ini dari pukul 9:00 pagi sehingga 5:00 petang. Kepada ibubapa yang masih belum mendaftarkan anak mereka bolehlah berbuat demikian pada hari tersebut berserta dengan pembayaran yuran sekali.
Hanya tinggal 17 tempat sahaja lagi !!
Tuesday, 5 November 2013
Pendaftaran Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) 2014 dibuka sekarang
Pendaftaran Tadika Cerdik Takwa bagi sessi 2014 telah dibuka sekarang ( Sebelum ini di kenali sebagai Tadika Ubudiyah ) Kepada ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan nama anak, bolehlah menghubungi nombor talian seperti tertera dibahagian bawah laman web ini. Pengambilan ini hanya terhad kepada 50 orang murid sahaja.
Daftarlah segera sebelum terlewat !!
Konsep Pendidikan Tadika Cerdik Takwa
Selari dengan Falsafah pendidikan Negara, Konsep pendidikan di TADIKA CERDIK adalah :-
Program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal. Matlamat pendidikan bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk kesekolah rendah.
Aktiviti terancang dan dilaksanakan selaras dengan perkembangan murid supaya setiap murid mendapat peluang yang sama dalam pengalaman pembelajarannya. Aktiviti dihubungkaitkan diantara satu komponen dengan komponen yang lain supaya murid mendapat pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh.Prinsip fleksibiliti dan mudah ubah ditekankan dalam semua aktiviti.
TADIKA CERDIK TAKWA telah Beroperasi sejak 2010 merangkumi modul seperti berikut :-
Program Mata pelajaran
- Menggunakan kaedah Cepat baca e-Xra ( Bahasa Melayu & Inggeris ).
- Kaedah cepat kira matematik menggunakan Abacus ( Sempoa )
- Magic English ( Phonic )
- Kelas Iqra'
- Pengetahuan Sains
- Solat Dan Hafazan surah
- Pengetahuan Agama Islam
- Program Multimedia Komputer
- Kelas Renang ( Pilihan )
- Sambutan Maulidur Rasul
- Sambutan Hari Jadi
- Acara Sukan Tahunan
- Program Tema
- Sambutan Hari raya Aidil Fitri
- Hari Penganugerahan dan Keceriaan
MENGAPA MEMILIH KAMI ??
- Cepat membaca ( Keberkesanan boleh dilihat dalam 3 bulan- 6 bulan. ) dengan menggunakan kaedah e-Xra.
- Saiz kumpulan pelajar yang kecil supaya perhatian secukupnya dapat diberikan.
- Kadar Yuran Bulanan Yang berpatutan.
- Guru-guru yang berpengalaman ( Lebih 8 tahun pengalaman mengajar ).
- Sukatan pelajaran mengikut piawaian kurikulum pra sekolah kebangsaan.
- Penekanan pada subjek Jawi dan Pendidikan Islam.
- Matlamat pada 3M ( Membaca, Menulis, Mengira ).
- Perkembangan Saikomotor halus dan kasar
- Penyediaan Penjagaan selepas waktu sekolah.
Kemudahan :
- Mini Pusat Sumber yang selesa
- Bilik Kelas yang selesa
Alamat Tadika Cerdik Takwa :
No 1, Jln Kajang Impian 1/5, Taman Kajang Impian,
( Belakang Restoran Red Wok ), 43650,
Bandar Baru Bangi, Selangor.
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi Nombor Dibawah :
En. Aidil : 013-6320417
Cikgu Sha : 013-3328417, 012-9347170
Cikgu Masni : 016-2345717
Sorotan 2012: Sukan Tahunan Kali Pertama Tadika Cerdik Takwa
Pada 15 April 2012, Buat julung-julung kalinya
Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) telah mengadakan temasya
sukan tahunan kali pertama. Temasya yang diadakan secara bergabung dengan
Tadika Islam Ummu Aisyah , Semenyih ini telah berjaya
mengumpulkan hampir seramai 110 murid dan dihadiri oleh sebahagian besar para
ibubapa. Temasya ini bukan sahaja mengetengahkan bakat sukan dikalangan
murid-murid malah murid-murid juga diberi peluang menunjukkan bakat didalam
tarian sebagai kesinambungan kepelbagaian acara didalam temasya.
Dengan sokongan yang kuat daripada para
ibubapa, dilihat murid-murid amat bersemangat sekali pada hari tersebut untuk
memenagi acara yang mereka tandingi . Semoga semangat ini akan kekal sehingga
mereka dewasa kelak dalam menempuhi ujian pelajaran dan liku-liku kehidupan.
Selain pertandingan sukan untuk murid-murid, Pertandingan Sukan untuk ibubapa
juga telah diadakan sebagai suatu jalinan kemesraan siratulrahim dikalangan
mereka.
Temasya ini telah diadakan di padang pavilion
U.K.M bandar baru bangi dengan sempurna dan berjaya. Semoga kejayaan temasya
Sukan kali pertama ini, akan menjadi penanda aras bagi Tadika Cerdik Takwa untuk
temasya tahun hadapan.
Sorotan 2012: Majlis Graduasi Pertama Tadika Cerdik Takwa
Persembahan Tarian oleh murid 5 & 6
Tahun
Lagu Gummy Bell dari murid 6 Tahun
Tarian
Bintang-Bintang Dilangit Oleh Murid 5 tahun
Penyampaian Sijil untuk murid 6 Tahun
Graduasi Tadika Cerdik Takwa 2012
Guru-guru dan tenaga keja yang telah berusaha
untuk menjayakan majlis Graduasi 2012
Pada 24 November 2012,
Majlis Graduasi Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah ) telah diadakan di Pusat
Latihan ALPA bangi, Selangor. Seramai 28 orang murid telah menerima sijil mereka
. Ini merupakan majlis kali pertama yang diadakan untuk tadika ini .
Alhamdulillah walaupun kali pertama, majlis tersebut telah berjalan dengan
lancar walaupun terdapat hujan disebelah paginya. Pengalaman luas guru-guru di
tadika cerdik takwa dalam majlis seumpama ini telah bayak membantu dalam
kesempurnaan majlis ini. Majlis telah diadakan dari jam 8:00- sehingga 10:30
pagi. Semua murid-murid Tadika Cerdik Takwa daripada tahun 4,5 dan 6
telah mengambil bahagian dalam persembahan dan rata-rata semua yang hadir
terhibur dengan persembahan mereka. Tetamu kehormat pada hari tersebut adalah
En. Azli bin Yusof daripada Ketua kesatuan penduduk muslim seksyen 7 bandar baru
bangi. Semoga kejayaan majlis ini akan menjadi penanda aras untuk kejayaan
dimasa hadapan.
Pandangan Dari Luar Tadika Cerdik Takwa
Berikut
adalah pandangan luaran Tadika Cerdik Takwa.
Pandangan Hadapan.
Alamat :
No.1, Jln Kajang
Impian 1/5 ( Belakang Restoran Redwork ),
Taman Kajang
Impian, 43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor.
Pandangan Ruang Dalam Kelas Tadika Cerdik Takwa
Berikut adalah Sudut Pandangan ruang dalam kelas Tadika Cerdik Takwa
Layout Luar Kelas Tadika Cerdik Takwa 2014
Sudut Pandangan Luar Tadika Cerdik Takwa Untuk Tahun 2014
Pandangan Luaran - Nama Tadika Cerdik Takwa
Bangunan Tadika
Cerdik takwa
Kantin Tadika Cerdik Takwa
Ruang Aktiviti Luar Tadika Cerdik Takwa
Ruang Menunggu untuk ibubapa/Penjaga murid-murid Tadika Cerdik Takwa
Lukisan Piramid Pemakanan Sihat - Sumbangan Jabatan Kesihatan Bangi
Ruang Permainan / Riadah murid-murid Tadika Cerdik Takwa
Ruang minum petang/ Riadah Tadika Cerdik Takwa
Semua keperluan / kemudahan yang disediakan
adalah untuk memenuhi kehendak ibubapa supaya anak-anak mereka mendapat
pendidikan yang selesa dan memudahkan pihak tadika dalam proses pembentukan
kurikulum dan ko-kurikulum. Dengan itu proses kognitif akan terbentuk di minda
murid-murid selari dengan perkembangan pendidikan peringkat awal kanak-kanak dan
mencapai objektif pihak pengurusan iaitu membina keutuhan generasi ummah
Subscribe to:
Posts (Atom)